Thursday, 5 November 2015

Istikarah Qi




Jauh aku terbang meninggalkan kenangan yang mungkin pahit bagi diri aku sendiri. Aku terbang jauh mencari satu ketenangan yang aku sendiri inginkan. Bayu laut yang cukup tenang ini mendamaikan jiwa aku sendiri yang sedang serabut dek masalah yang menimpa. Tidak diduga hambaNYA jika DIA sayang kepada hambanya. Dugaan ini sungguh berat ingin aku terima, bukan mudah untuk aku tempuh dan laluinya.

‘Biarkan aku menjaga perasaan ini.. ohhh... Menjaga segenap cinta yang kau beri’

Telefon pintar di atas katil dibiar berdering seperti tidak bertuan. Sekali lagi berdering, Qistina ingin membiarkan namun dirasakan bingit telinga mendengar lagu yang menjadi kegemaran Lufti Aiman sewaktu memandu. Pantas Qistina melihat dan mencapai telefon yang berada di atas katil, tertera nama Izaida. Perasaan berbelah bahagi antara ingin menjawab panggilan atau hanya membiarkan panggilan itu tidak bertuan. Arghhh! Sudah! Biarkan mereka dahulu, aku mahukan ketengan, aku mahu lupakan apa yang terjadi semalam. Biar hilang segala amarah, benci dan dendam aku kepada seseorang yang bernama Lufti Aiman. Tidak sampai beberapa saat, imassge dari Datin Normadiah tertera di skrin telefon.

Iqi.. Iqi dekat mana? Ummi dengan babah risau fasal Iqi sangat.. pergi tanpa sebarang pesan apa-apa ...’ – Datin Normadiah

Dosakah aku sebagai anak meninggalkan rumah tanpa sebarang pesan? Pantas jari jemarinya mendail nombor Datin Normadiah. Matanya dipejam, degupan jantungnya kencang dan air mata yang ditahan airnya mengalir di pipi.  

“Assalamualaikum ummi...”suaranya dikawal sebaik mungkin, agar tidak kedengaran sedikit pun kesedihan.


“Iqi.. anak ummi.. Iqi.. Iqi.. Qistina Nur Aqila, kamu dekat mana? Iqi dekat mana sayang?Ummi, babah, tok wan semua risau tentang Iqi.. Iqi dekat mana ni?” hati ibu mana yang tidak risau melihat anaknya hilang tanpa pesan. Datin Normadiah masih lagi menanti jawapan dari Qistina yang masih teragak-agak ingin menjawab soalan yang diajukan.
 
“Ummi.. Ummi.. Iqi okay.. Iqi tak apa-apa, everything is fine.. Cuma Iqi ada dekat somewhere untuk tenangkan seketika fikiran dan hati Iqi.. Ummi jangan risau, Iqi selamat and Iqi akan stay dekat sini for a few week.. Please ummi, jangan beritahu pada sesiapa yang Iqi ada telefon.. Nanti Iqi akan balik, bila Iqi sudah bersedia.. Okay ummi..”jawab Qistina. 

“Iqi, ummi tak tahu apa yang berlaku antara kamu dengan Lufti, tapi jangan tinggalkan keluarga macam itu sahaja Iqi.. Iqi masih ada keluarga.. Iqi masaih ada ummi, ada babah untuk minta pendapat..”Datin Normadiah memujuk, tangannya menepuk tangan Dato Iskandar yang berada di sebelah ingin dengar sama. 

“Ummi, biar Iqi tenang dahulu dan Iqi akan pulang nanti... InsyaAllah, Iqi akan pulang.. Ummi jaga diri, jangan lupa makan ubat.. Jangan skip lunch okay, Iqi takda nak ingatkan ummi untuk lunch.. Take care ummi.. Iqi end call dulu.. InsyaAllah apa-apa Iqi text ummi okay.. Love you ummi..”Qistina mematikan talian tanpa sebarang salam. Hanya di dalam hati menyebut ‘Assalamualaikum ummi.. Maafkan Qistina ummi..

Kau yang bernama Lufti Aiman, semoga nama kau hanya sebagai kenangan dalam kehidupan Qistina Nur Aqila.

Bab 1

Dr. Malek menangguhkan seketika kuliahnya, memandangkan ramai yang mula menguap dan juga mula ada pelajar yang keluar dan masuk bilik kuliah untuk ke tandas.

“Okay! Ramai sangat saya tengok sedut ‘setan’ dalam kelas saya... take five..”Dr. Malek berlalu meninggalkan bilik kuliah. Qistina, Izaida dan Amyza yang duduk sebaris berpandangan sesama sendiri. Qistina hanya menjongketkan bahu memberi isyarat kepada Amyza untuk memulakan bicara.

“Iqi, next week jom join program Fur dekat Terengganu nak? Nida kau nak join sekali tak?”Amyza berharap Qistina dan Izaida untuk turut serta program yang bakal dijalankan di Terengganu.

Izaida dan Qistina berpandangan. Izaida tersenyum dan menanti jawapan dari Qistina, masak benar dengan perangai Qistina, jika cuti semester tidak pernah lekat di rumah, ada sahaja aktiviti bersama keluarganya untuk dilakukan. “Myza, aku kena tanya ummi aku dulu.. aku takut ummi dah ada plan untuk mid sem break kali ini... lagipun adik aku dari Dublin balikkan...”jawapan yang diberi Qistina seperti yang dijangka. Amyza mengalihkan pandangan terus kepada Izaida dan mengharap jawapan ‘ya’ dari Izaida.

“Macam biasalah Myza! Semestinya aku join! I say yes!”ketawa Izaida melihat wajah mengharap dari Amyza. Amyza sudah mengeyitkan matanya sebagai tanda gembira. Qistina mencebik kemudian kembali melihat telefon pintar yang ada di depannya. 

Bunyi tapak kasut yang semakin kedengaran itu sangat dikenali. Dr. Malek kembali ke dalam bilik kuliah. Pelajar yang berada di luar, bingkas bangun dan terus berada di kerusi masing-masing. Ketegasan Dr. Malek sebagai seorang pensyarah muda di kenali disegenap pelusuk kampus. Sebut sahaja nama Dr. Malek, dari ceruk fakulti lain juga tahu siapa Dr. Malek. Mata yang tidak berkelip melihat jejaka tampan mengajar di hadapan menjadi tumpuan Izaida dan Qistina. Izaida yang berada di tengah menyiku lengan Amyza yang sedang dipukau oleh suara merdu di hadapan bilik kuliah.
“Heyy! Termenung jauh nampak, tengok slide ke? ke tengok Dr. Malek tu..?? macam nak tembus kau tengok dia Myza, jaga sikit mata tu... sekejap lagi ada pulak.......”belum sempat Izaida menghabiskan ayatnya sudah ada yang menegur.

“Ehem.. apa yang seronok sangat tiga gadis pinggitan di atas sana? Boleh kongsi bersama kami atau awak nak gantikan kelas saya ni?berdehem suara jantan Dr. Malek dan matanya tepat memandang mereka bertiga di atas.

“Maaf Dr. M! Errr.. takda apa yang menarik pun..”Qistina menjawab walaupun sedikit gementar.
Please! Focus dalam class saya... kalau rasa nak jumpa lagi next semester bolehlah main-main dalam class..”suara Dr. Malek bergema di segenap bilik kuliah. Matanya memberi isyarat kepada Izaida, Qistina dan Amyza untuk kembali fokus pada slide di hadapan.



Ladies.. lain kali nak tegur kau bagi hint dulu.. jangan main siku je..’ 
Sehelai kertas diberikan kepada Izaida dan Qistina. Risau ketawa mereka didengari, Izaida dan Qistina ketawa tanpa mengeluarkan bunyi. Kemerah-merahan wajah mereka berdua menahan ketawa. Amyza yang berada di hujung sudah menjeling menandakan tidak puas hati.
Kelas Dr. Malek masih berjalan seperti biasa. Qistina mula hilang fokus, Izaida mula mengeluarkan telefon pintarnya untuk menghilangkan bosan. Amyza, satu-satunya yang fokus pada topik yang membosankan. Matanya masih sama sepeti tadi, tidak berkedip melihat ketampanan Dr. Malek di hadapan yang masih aktif meneruskan kuliah.
      ‘Bila nak habis kelas oii... bosan dah ni’ – Qistina

Mata Izaida melihat ada mesej masuk pada aplikasi whatsapp, sepantas kilat tangannya membuka. Amyza, meraba-raba telefon yang bergetar di dalam bag tangannya.

      ‘Hi Iqi! Dulu kau jugak yang pilih kelas ni.. end up kau yang bosan.. dah nak habis tu..’ Amyza
      Aku ingat kelas ni best... bosan jugak! Please lah stop sekejap lagi..’- Qistina
      Tulah.. aku dah cakap dengan korang.. join kelas Madam Azlina lagi best.. degil! Nak      tengok sangat lecturer muda katanya..’ – Izaida
      Yes! Last slide!’ – Qistina

Okay, that’s all for today.. kita jumpa selepas mid sem break.. For those yang tak datang kelas hari ni, please inform dekat mereka jumpa saya di bilik.. Sila bukak i-learn untuk jawab quiz.. Class dismiss.. ohhh... sebelum tu, please hantar assignment article review yang saya bagi last week... pastikan ada dekat box assignment depan bilik saya before you guys balik cuti.. Okay, thank you class...”Dr. Malek membiarkan pelajarnya sibuk mengemas barang masing-masing, penting baginya arahan sudah diberikan dan tepat pada masanya semua perlu diserahkan.

“Nida, aku nak pergi library sekejap.. korang nak ikut sekali ke?”telefon pintarnya diletak semula di dalam bag. Buku yang bersepah di depan mata dikemas lalu dipegang erat. 

“Myza, aku follow je.. cuba tanya Iqi, dia nak ikut tak?”Izaida menjawab ringkas.

“Iqi, nak follow pergi library tak? ke kau nak jumpa Lufti dekat cafe?”keningnya diangkat seperti Ziana Zain. Melihat Qistina tidak memberi sebarang respon, Amyza seperti ingin membiarkan soalanya tidak berjawab. 


Amyza bingkas bangun, kakinya baru sahaja ingin melangkah untuk beredar dari meja kuliah, Qistina memberi jawapan. “Myza, aku follow.. malas jumpa Lufti..” ringkas dan Qistina membontoti Amyza yang semakin besar langkahnya. Izaida hanya menggelengkan kepala melihat gelagat mereka berdua.