ART
Hai 17 Mei !
Adakala dalam kehidupan ini kita tidak
dapat memuakan hati semua orang dan adakala kita tidak mampu menjaga hati semua
orang. Jagalah hati sendiri.
Perlahan-lahan Aiman
menutup teman hidupnya. Resah, gelisah, serabut buku itu sebagai teman mengisi
masa lapang. Hatinya seakan perit menerima kenyataan bahawa tiada lagi senda
serta gurau dari seseorang yang bernama teman. Pernah sekali Bonda berpesan
“Usah sayang manusia
terlalu tinggi daripada dirimu menyayangi Allah Danial.” Panggilan Danial
membuatkan dirinya sebak lalu memandang ke langit mencerna segala apa yang
dikatakan oleh bonda. Setitis air mata mengalir tanpa sedar. Ego sebagai lelaki
mula lenyap sekelip mata. Dalam tidak sedar ada seseorang sedang memerhati.
“Hoi! Jauh menung” Firdaus
melayangkan bantal tepat pada sasaran. Pantas aku mengesat air mataku kembali.
“Dah tak reti nak ketuk
pintu? Dah tak reti nak bagi Assalamualaikum? Hormat sikit?”suaraku naik
seoktaf. Sentap!
“Sikit-sikit marah,
sikit-sikit marah!” Firdaus tertawa. Bercanda memang sifatnya.
“Eh! Tak adalah. Aku suka
kau buat macam tu. Buatlah lagi! Nikmatnya. Kalau boleh aku nak nyanyi wey,
betapa gembira kawan aku masuk bilik dengan tak ketuk pintu, tak bagi salam...”
balasku menyindir. Firdaus tersenyum nakal.
“Sentap ler tu! Bro lu apa cer ni? Menung je gua tengok?
Ada masalah?” soal Firdaus. Inilah dia, Firdaus Mikail Ahmad Zulkarnain, teman
seperjuanganku yang sering bersama dalam menempuh liku kehidupan di kampus..
“Tak adalah, aku just terfikir bonda je tadi. Rindu bro... ishhh like hell je bercakap bro..
bro ni! What the? Bukan style aku
lah tiga suku!”balasku tertawa. Bergema bilik ini dengan deraian tawa kami
berdua.
“Tiga suku kau kata? Dah
tu, kau tempe segar? Cakap orang. Macam kau lazat sangat? .... Tempe basi je
aku tengok. Kalau letak dekat sebelah Diva AA, kau hanyut dek sungai.. AA tetap
utuh dan kukuh!” balas Firdaus sambil menolak bahuku.
Sudah menjadi satu rutin
bertekak sampai ke tahap mengundang kebanjiran jiran bilik sebelah yang
prihatin. Gaduh besar ke? Soalan yang pasti diajukan. Kami pulak balas dengan
geleng kepala dan gelak. Memang berangin semua orang.
Sahabat, andai satu hari
aku pergi, aku mengharap tiada sekelumit perasaan benci kau terhadap aku.
Maafkan aku sahabat, kerana aku juga manusia. Sepintas lalu hatiku terdetik.
“Menung lagi tu! Jom
pergi kafe. Tiba-tiba pulak perut aku lapar. Untung aku malam ni ada orang
belanja nasi lemak Kak Wok tu. Perrghh!
Sambal dia nala pedas bak hang!” sengih Firdaus sambil tertawa mengenakan aku.
Bahuku ditepuknya perlahan.
“Kau ni kan, kalau bab ketuk-mengetuk... bagilah kat kau
kan. Esok lusa aku nak requestlah
nama kau dekat Kak Shiela Rusly tu join
ketuk-ketuk Ramadhonnn”balasku dengan gaya ketuk-ketuk kepala.
Semenjak Firdaus menukar
kursus pengajian dan bertukar ke kampus baru, dialah teman yang sentiasa ada
bersamaku. Di kala susah, Firdaus memberi semangat meneruskan kehidupan.
Katanya, liku hidup tidak sama seperti liku kau lukis dalam kertas A4. Lukis
dekat kertas A4 kau je faham dan A4 tu pun tengok kau balik tapi bila dunia
realiti kau harus tabah. Firdaus kadang-kadang membuat aku ketawa seorang diri.
Aku harus akur kehidupan di dunia ini seperti roda. Jalani setabah mugkin,
kerana Allah sentiasa bersama kita.
“Kak Wok! Nasi lemak Ayam
sambal lebih”jerit Firdaus selamba macam kedai ini miliknya.
“Nak satu ke dua?” soal
Kak Wok seperti biasa.
“Macam biasalah Kak Wok,
dua nasi lemak ayam. Air suam dua!” jawab Firdaus tersengih.
Kak Wok masak benar
dengan perangai Firdaus. Kedai Kak Wok tu dibuatnya seperti kedai sendiri.
Menjerit terlolong-lolong macam dia tauke kedai. Aku hanya memerhati
gelagatnya, tidak tumpah seperi DM! Kenapa mesti DM? Smartphone dicapai,
kemudian tweet.
Kenapalah
kau masuk dalam kepala otak aku #Jahanam
“Update tweet ler tu? Apa
kes kali ni? Kau nak kutuk aku buat kedai Kak Wok macam kedai aku sendiri?
Mohon delete sebelum aku RT
balik....”suruh Firdaus lalu ditariknya telefon yang ada pada tangan aku.
“Siapa yang masuk dalam kepala
otak kau? Minah separuh bogel tu ke?”soal Firdaus dengan kening diangkat. Sudu
dijari diketuk-ketuk pada meja. Mata mula mencari kelibat sesiapa yang lalu dan
menjadi siulan pada tweet kawannya.
Telefon pintar S3 itu
dirampas kembali.
“Lain kali jangan main
ambik je barang orang..”balas aku sambil mengetuknya dengan sudu.
“Tak ada siapa pun. Aku
kan suka merepek.. Fir, aku rasa this
week aku tak stay hostel kot... aku rindu bondalah, aku nak balik. Lepas
kelas Prof Zai aku balik..”ceritaku sambil menayangkan sengih macam kerang
busuk.
“Balik lagi? Bukan ke kau
baru balik last week? PBSM sungguh
kau ni. Aku rasa baik kau sewakan je hostel kau bila hujung minggu. Tiap-tiap
minggu balik, ada apa kau balik selalu ni? Bonda dah ada calon menantu ke?”soal
Firdaus. Kena bahan lagi!
“Sindir? Nak penampo? Kau
tau kan aku bukannya suka duduk hujung minggu dekat sini. Nothing! Aku pandang sawit, sawit pandang aku. Tak mendatangkan
hasil, baik balik rumah bonda sekurang-kurangnya aku boleh mengembangkan badan....”
tawaku dengan penuh semangat.
“Yelah.. tinggal aku
sorang lagi,”akur Firdaus. Kelazatan nasi lemak Kak Wok ini, lagi menarik dari
cerita balik rumah bonda. Matanya menjeling tajam padaku.
“Yelah baliklah, kang penat pulak aku nak kena dodoikan
memalam bila nak tidur.... Dahlah makan!”sambung Firdaus yang malas nak layan
kerenah manja aku yang rindukan bonda.
“Yes! Terima kasih sahabat!” Makan!
Enak nasi lemak Kak Won
membuatkan masing-masing lupa daratan. Kelibat sesiapa yang lalu sekitar kedai
Kak Wok mereka tak sedar. Aku mula terpana dengan satu susuk tubuh yang melalui
kedai Kak Wok. Ditelan sisa nasi dan kemudian air diteguk perlahan-lahan namun
mata masih memandang susuk tubuh yang cukup dikenali.
Cis! DM! Buat apa dia
dekat sini? Arghhh! Jahanam selera aku. Maaf Kak Wok, nasi lemak ni sedap tapi
jadi tak sedap bila ... apa alasan aku nak blah ni? Berbicara sendiri sambil
memikirkan apa alasan yang terbaik nak melarikan diri.
“Oii... tengok siapa? Makanlah!
Lain kali makan nasi bagi habis dulu baru minum air. Ini air dah habis nasi tak
habis lagi..”bebel Firdaus buatkan aku rimas sebenarnya. Nama je lelaki, membebel kuat. Bentakku dalam
hati.
“Kau diam boleh? Benak
telinga aku dengar.. Dah aku tak selera nak makan.. Kau habiskan, jumpa dekat
hostel nanti.”balasku. Aku berlalu tanpa memikirkan apa yang akan berlaku. Maaf
Fir, aku terpaksa!
Firdaus terpingga-pingga
melihat perubahan angin temannya secara tiba-tiba.
‘Aku rasa macam dia dah happy dapat balik this week. Dah kenapa jantan ni? Period tetiba! Baik aku makan dari
membazir,’getus hati kecil Firdaus.
Aku meneruskan langkah
tanpa memandang kiri dan kanan. Tweet
aku buka semula, melihat jika ada apa-apa aktiviti kampus yang dia sendiri tidak
tahu. Atas bawah dia mencari maklumat, namun satu informasi tidak
mengena. Jari mula menjadi raja untuk menaip sesuka hati, fikiran sudah jauh
melayang entah ke mana.
Mcm kena pelempang sulung
babah je tadi! Haish! Kampus ada event apa ni? #seramsejuk #nakbalikrumahbonda”
Pintu bilik ditutup, aku
menghempaskan badan di atas katil. Mimpi atau realiti? Otakku mula
berfikir, dari satu sudut ke satu sudut dia berguling.
Ting.. ting..
Kau nak babah lempag atau
kau nak pelempang terakhir aku?- Firdaus.
Balas.
Kak Wok marah ke? Hehe...
Sorry tak ada niat nak tinggalkan kau!
Ting.. Ting..
Kak Wok sound setepek knp
tak sedap ke? Kau kat mana! Aku otw bilik - Firdaus
Balas.
Di Kamar angan ku ler!
Maaf anak angkat Kak Wok! Lepas ni makan perhabis.
Ting.. Ting..
Siput sedut! Okay! Aku g
bilik kau! Jgn lupa tabur bunga ros!- Firdaus
Balas.
GILA! Adios....! *smile*
Aku mengharapkan aku
tidak pernah bertembung dengan kau walau sekalipun. Aku mengharap tidak pernah
kau melintas di hadapan aku walau sesaat pun. Kerana perit kehidupan aku, hanya
aku yang tanggung. Matanya dipejam ...
Bersambung .. [kemaskini ; selepas diperbaiki oleh pakar]