ART II
"Warna
kehidupan kita adakala tidak seindah pelangi, berwarna-warni, mungkin merah,
mungkin biru, mungkin juga hijau.. Belum ada jawapan yang pasti..."
Diari ditutup kemudian laju dia turun ke dapur
mencari makanan. Masa mengarang sedikit rasa lapar pun tidak menyinggah ke
perut. Mata Aiman meliar mencari kelibat orang di dalam rumah, namun tidak
seorang kelihatan. Di ruang tamu sunyi
sepi, di laman juga tidak kelihatan bonda, ke mana semua orang pagi ini.
Mungkin di dapur detik hati Aiman.
“Pagi bonda.. Eh! Mana Kak Riya, bonda.. pagi
lagi Kak Riya takda dekat rumah?” Bicara Aiman memecah kesunyian di dapur. Mata
yang tajam itu masih meliar mencari kelibat kakak sulungnya.
“Kus semangat! Cuba bagi salam Dani! Anak
bertuah.. Dah kenapa cari Kak Riya? Kak Riya kamu pagi-pagi lagi Abang Zul dah angkut
hantar pergi kerja. Lupa ke? hari ni kan first
day Kak Riya
mengajar. Kamu tu! Kalau Kak Riya takada sibuk
bertanya, kalau ada sekejap lagi, rumah ni boleh runtuh dengar suara kamu
berdua bercakar” Puan Hasnah menjawab dengan panjang lebar. Senyuman manis
terukir di bibir.
“Kesian bonda Dani terperanjat ye... nasib
baik tak tercampak ayam dalam sink
tu. Bonda ni.. Dani tanya je, itu pun tak boleh.. habis disyarahnya kita
pagi-pagi ni... jangan bebel banyak sangat nanti bertambah kedut dekat muka..
bonda buat sarapan apa hari ni?” Puan Hasnah dipeluk erat, pipi Puan Hasnah
dikucup lembut.
“Busuknya anak bonda sorang ni, dah mandi
ke belum? Ni peluk cium bonda ni.. ada apa-apa ke? adalah benda yang dia nak
tu.. semalam mintak dengan babah tak dapat lah tu? dani... dani tak pernahlah
nak berubah perangai tu kan...” Puan Hasnah memancing disambung pula dengan
ketawa kecil. Manalah tau dapat keli seekor, untung boleh buat masak lemak cili
api. Muka Dani serta merta berubah, senyuman yang manis tadi sudah berubah
masam seperti cuka.
“Bonda kalau tak mengenakan Dani tak
sahkan!.. malaslah kawan dengan bonda, baik Dani pergi cakap dengan oyeng..
lagi seronok..” Pelukkan erat tadi
dilepaskan. Senyum dibibir Puan Hasnah masih lagi tidak lekang.
“Orang kalau merajuk rugi.. bawah tudung
saji tu kan ada bau sambal tumis dengan ayam berempahlah.. lepas tu roti jala
dengan kari daging elok tersusun dekat dalam piring tu... Ya Allah nikmatnya
perut kalau makan kan..” Mata Puan Hasnah melirik terus ke Dani, melihat
tiba-tiba kelibat yang hampir hilang di dapur tadi sedang enak menikmati juadah
sarapan pagi.
“Amboi tak pandang kiri kanan dah.. tadi
kata nak pergi bercakap dengan oyeng?” Puan Hasnah berseloroh.
“Dani laparlah bonda.. Oyeng kata makan
dulu nanti baru melawat dia.. Hahaha.. “ Ringkas
jawapannya kepada Puan Hasnah. Juadah yang berada di depan mata lebih
menyelerakan berbanding mahu menjawab
soalan Puan Hasnah.
Puan Hasnah menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah
Dani. Danial Aiman Afizi! Itulah nama diberi. Sedar tidak sedar anak-anaknya
sudah meningkat dewasa. Si dara, Dania Ariyyana sudah menamatkan pelajaran
dalam bidang pendidikan, selang beberapa bulan melingkar macam ular sawa di
rumah terima tawaran mengajar di sebuah kolej swasta. Anak lelaki sulungnya,
sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis di Universiti Malaya, Adib Afiq jarang
pulang ke rumah jika semester bermula. Adakalanya tidak lena tidur malam
mengenangkan kerenah anak-anak.
“Apa yang bonda senyumkan sorang-sorang
tu?”saja dia mengusik bondanya.
“Sibuk je nak tahu, dah habis makan
dah?”soal Puan Hasnah
“Alhamdulilah, kenyang! Bonda.. Dani nak
naik atas dulu, nak mandi... Hmmmm... Bonda kalau Dani nak keluar dengan Hani
sekejap lagi boleh tak?” Aiman mencuba nasib bertanyakan soalan sebegitu.
“Boleh, tiada masalah pada bonda, tapi
ingat jangan sampai malam.. nanti bising babah kamu tu.. nanti bonda pulak yang
kena dengar leteran babah kamu..” Puan Hasnah menjawab tetapi keadaan sunyi
tidak berbunyi, menoleh kebelakang melihat kelibat Aiman yang sudah lenyap entah ke mana. Sudah arif benar dengan perangai anak bongsunya, apabila dikata
tidak memberontak tetapi jawapanya ya melompat tinggi ke langit.
Bag tangan, bag laptop digalas. Alah.. lambat dah ni, macam mana aku boleh lupa ada
kelas kul 11.00 pagi..detik hatinya. Riya pantas mencari bilik kuliah seperti
yang dinyatakan di dalam jadual.
Ting..
Ting..
‘Salam..
Kakak yang busuk.. selamat menghadap student yang comel nanti ..’ – Aiman
Sweetnya adik aku! Iphone kembali
diletakkan di dalam bag tangan. Langkahnya semakin laju mengalah pelari pecut
100 meter, matanya semakin tajam mencari bilik kuliah yang tertera pada jadual.
Jantungnya berdegup kencang bagai hendak pecah memikirkan ini kali pertama
ingin berjumpa dengan pelajarnya. Degupannya semakin kencang apabila melihat
arah yang dituju hampir tiba. Pintu bilik kuliah dikuak perlahan-lahan dan ada
beberapa pasang mata melihat kelibat dirinya.
Bag tangan dan bag laptop diletakkan di atas meja kemudian dia berdiri di sisi whiteboard. Dia merasakan pelajar di
dalam kelas menantikan dia bersuara. Nervous..
itulah perasaan dia saat ini.
“Assalamualaikum wbt.. Hi Morning”
Riya memulakan bicara.
“Morning miss..”bergema
satu bilik kuliah.
“Waalaikumusalam nya mana? Takkan morning je?” riya mula berani berbicara.
“Waalaikumusalam miss..” satu kelas kembali
menjawab kemudian berderai ketawa. Riya mula tersenyum melihat gelagat mereka.
Perasaan gementar tadi beransur hilang, Riya
semakin berkeyakinan untuk
berkomunikasi dengan pelajarnya di dalam kelas. Pada Riya mereka cukup dewasa
untuk memahami arahan yang diberikan. Melihat gelagat pelajarnya, dia terbayang
pada saat mula-mula dia menjejakkan kaki ke universiti dahulu.
“Okay class.. My
name is Cik Dania Ariyana binti Marzuki, so today our first class and i would
like all of you to introduce your self. Saya nak
pastikan kelas ni ceria dan bertenaga tak nak ada sesi berkabung dalam kelas
saya...”Arahan yang jelas daripada Riya.
Sesi suai kenal di dalam kelas bermula,
Riya begitu peka dengan apa yang berlalu di sekelilingnys. Ada diantara mereka
yang hanya bercakap sepatah dua sahaja, ada pula yang malu untuk menceritakan
asal usul, tidak kurang hebat ada yang panjang berjela bercerita mengenai diri
mereka.
“Saya mengharapkan kerjasama yang baik dari
anda semua. Jika ada sebarang masalah boleh ke bilik saya di wing kanan nombor bilik FE-RW-02-15. Okay for those yang tak datang class
hari ni, kirim salam kasih sayang pada dia.. Pemarkahan untuk subject ni nanti saya upload dalam i learn je. So, tengok dari situ jelah. Tugas pertama, please bring the article about childhood education in Malaysia untuk
class akan datang... okay class dismiss, see you guys next week” Riya
menamatkan kelas kemudian dia berlalu meninggalkan kelas.
Ting..
ting..
‘How
ur class kakak? Everything okay?’ – Aiman
Balas.
‘Everything
okay Dani.. awat hang baik sangat dengan kakak ni?’
Ting..Ting..
‘Nak
jadi baik pun tak boleh.. No lah kakak.. I have to tell you something.. Jom
kita pergi Starbucks?- Aiman
Balas.
‘Dani, hari ni kak riya tak bawak kereta tau... abang zul
yang hantar dengan ambik kakak, so how?
Ting...
ting...
‘Okay je kakak.. bonda pun bagi Dani keluar hari ni..
lagipun sekejap lagi Dani nak jumpa Hani kejap.. lepas tu baru jumpa kakak..
kul 5.00 dekat Starbucks Mid Valley ek, nak ajak angah sekali tak?nanti Dani call
angah?’
Balas
‘depends on you Dani. Kak Riya mana-mana pun okay. Boleh
Kak Riya bawak buah hati?’
Ting..
ting...
‘Please kakak! No! Kita tiga beradik dah lah.. buah hati kakak
tu bukan hot pun.. Hahaha...’ - Aiman
Balas
‘Tak
hot pun kakak tengok dani mata macam bebola ikan je nengok! Hahaha..’
Ting...
ting...
‘Cis..
Kakak ni ... teruk! Dah! jumpa dekat Mid Valley nanti... siapa lambat belanja
green tea ok.. Daaa..’ – Aiman.
Tersandar kepenatan Riya melayan kerenah
Dani seperti kebudak-budakkan ditambah pula penat berjalan dari jarak yang agak
jauh. Iphone miliknya disimpan di dalam bag tangan, kemudian laptop dikeluarkan
dan dibuka bagi menyambung menyiapkan nota untuk kuliah yang akan datang.
Seketika dia depan laptop, fikiranya melayang terkenangkan kerenah Dani yang
membuat bonda tersenyum dan adakala
membuatkan babah naik angin dengan perangainya. Jika pulang ke kampus satu
ketika dahulu, dia lebih merindukan Dani berbanding Afiq, babah dan bonda.
Kata-kata Dani kadangkala lancang dan boleh membuatkan hati orang lain terasa.
Pernah satu ketika, sedang kami bertikam lidah di ruang tamu, Dani mengeluarkan
perkataan yang kurang enak didengar yang membuatkan babah marah sehingga tidak
bercakap denganya beberapa hari.
“Kak Riya ni memang takda adab ek? macam
anak Kak Semiah depan rumah tu? Menepek je dengan jantan... lepas tu nak cakap
Dani ni macam-macam.. nasihat kakak tu letak je dalam rak kasut tu... sebab
kakak pun sama je...” Suara Aiman yang lantang boleh didengar dari setiap sudut
rumah. Kebetulan Encik Marzuki yang baru pulang dari pejabat terdengar
pertelingkahan dua beradik di ruang tamu.
“Ehh... Dani! Jaga sikit mulut tu.. Jagan
nak kurang ajar dengan kakak! Kau ingat kau tu dah besar sangat! Kakak nampak
Dani... Kakak nampak! Kalau bukan kakak siapa lagi nak nasihat kau” Keadaan di
ruang tamu semakin tegang dengan pertelingkahan mereka, suara Riya semakin
meninggi sehingga Puan Hasnah di dapur berlari ke ruang tamu.
“Ohh! Kiranya kakak menjalang lah dekat
situ! Sambil-sambil tu mengitip Dani...? Sudahlah kakak.. Pergi mam ......”
Saat perkataan terkahir itu ingin dikeluarkan, singgah penampar dari tangan
Encik Marzuki ke pipi Dani sehingga terduduk.
“Belum pernah aku didik kamu dengan sikap
kurang ajar! Dia kakak kamu Dani.. Mana kamu letak rasa hormat kamu pada dia...
Sudah naik kamu ke atas... Kamu Riya, apa yang kamu nampak?” Soalan Encik
Marzuki membuatkan Riya terkedu, Puan Hasnah kaget dengan tindakan suaminya.
Keadaan di ruang tamu sedikit tegang, muka Encik Marzuki nampak seperti singga
yang sedang kelaparan hanya menunggu masa membaham mangsa.
“Babah lebihkan Kak Riya dari Dani...!!”
Jerit Dani dan dia berlalu pergi. Puan Hasnah cuba mencapai tangan anak
bongsunya namun di tepis kuat.
Ketukan pintu biliknya membuatkan dia sedar
dari lamunan yang telah jauh entah ke mana. Riya hanya tersenyum kelat apabila
kisah itu masuk ke dalam mindanya. Kisah yang mana membuatkan babah tidak lagi
pernah percaya dengan kata-kata Dani.
“Iya, siapa tu? masuklah.. pintu tak kunci
tu..” Riya bersuara dari dalam biliknya. Riya mengharapkan bukan student yang datang waktu begini, letihnya
masih lagi bersisa. Pintu biliknya dikuak oleh seseorang. Ditinjau-tinjau namun
masih tidak nampak kelibat Riya di dalam bilik.
“Sebentar, saya tengah betulkan tudung...”
Riya bersuara sekali lagi sambil tudungnya dibetulkan.
“Ohhh.. ada orang, ingatkan hantu yang
bersuara tadi.. Hehe” Prof. Rosnah Atan mula bersuara sambil ketawa kecil. Dia melabuhkan
punggungnya di sofa yang tersedia di dalam bilik Riya sambil menanti orang yang
bersuara muncul dari sebalik meja.
“Maaf Prof. Ros, saya ingatkan student tadi.. tengah free hairkan, tu yang menyahut dari
bawah meja je... dah tu lupa pulak lock
pintu tadi..” Jawab Riya dengan ramah.
“Amboi.. penat sangat ke sampai pintu pun
lupa nak kunci..? So how your first day?
Is it okay?” Tanya Prof. Rosnah.
“Alhamdulilah... So far, okaylah tak seteruk yang saya dengar... Cuma penat sikitlah,
kelas dekat wing kiri.. jenuh saya
berlari nak sampai ke kelas pagi tadi Prof.” Jawab Riya ringkas. Tanganya masih
lagi membetulkan tudung yang tidak berapa elok pada pandangan matanya.
“Tidak seteruk yang didengar? Apa yang awak
dengar dari pensyarah lain?” Nada Prof. Rosnah sedikit serius berbanding tadi.
Riya mencari jalan untuk menjawab soalan yang diajukan supaya tiada ada
perselisihan faham yang akan berlaku.
“Tidaklah.. Cuma mereka kata universiti
awam dan swasta ni berbeza.. jadi kena biasakan dengan cara pengajaran dan
pembelajaran di sini... itu sahaja Prof..” Jawab Riya dengan nada yang bersahaja.
Mata Riya merenung tepat pada mata Prof Rosnah, kemudian terlihat senyuman dari
Prof Rosnah membuatkan perasaannya sedikit lega.
“Okaylah kalau macam tu. Kita ni nak
mengajar kena bersedia dari segi fizikal dan mental.. Jangan terlalu mendengar
apa yang orang cerita... biar kita sendiri merasa pengalaman tu.. Ehh! Saya
datang ni nak ajak awak keluar lunch.. boleh ke?” Prof Rosnah mempelawa Riya
untuk makan tenghari bersama.
“Errrr.... Boleh jugak Prof, saya pun lapar
jugak ni...” Ajakan Prof Rosnah disambut baik oleh Riya.
Sifat ramah Riya sememangnya diwarisi dari
Puan Hasnah sendiri. Puan Hasnah pernah berpesan kepadanya, hidup ini umpama
roda, terkadang kita di atas dan terkadang kita dibawah. Sekuntum mawar yang
kembang cantik di tengah laman pun kadang-kadang tidak sedar dia boleh layu
tanpa jagaan yang rapi. Begitulah kita juga sebagai manusia yang hidup di muka
bumi Allah yang sementara ini, jika tidak dididik dengan betul maka boleh
terpesong seseorang itu ke lorong yang gelap tanpa sebarang cahaya.
“Marilah.. kita ke kedai Kak Piah depan
tu.. Saya memang suka lauk tempoyak dia Riya.. Sedap!” Penuh berselera Prof
Rosnah bercerita, Riya yang mendengar sudah mula menelan air liur.
“Mari Prof.. Macam berdondang sayang je
perut saya ni bila dengar Prof cerita pasal tempoyak..Haha..” Berderai ketawa
mereka di dalam bilik yang serba kosong itu. Kasutnya disarung kemudian diberi
laluan kepada Prof Rosnah untuk melangkah keluar terlebih dahulu kemudian pintu
biliknya dikunci serta merta tanda ‘TIADA’ dipaparkan di pintu.
*Bersambung ... Terima kasih kerana membaca, harap dapat memberi sedikit komen untuk memperbaiki mutu penulisan*
No comments:
Post a Comment