Wednesday 24 June 2015

Tanpa Tajuk 1

ART

Hai 17 Mei !

Adakala dalam kehidupan ini kita tidak dapat memuakan hati semua orang dan adakala kita tidak mampu menjaga hati semua orang. Jagalah hati sendiri.

Perlahan-lahan Aiman menutup teman hidupnya. Resah, gelisah, serabut buku itu sebagai teman mengisi masa lapang. Hatinya seakan perit menerima kenyataan bahawa tiada lagi senda serta gurau dari seseorang yang bernama teman. Pernah sekali Bonda berpesan

“Usah sayang manusia terlalu tinggi daripada dirimu menyayangi Allah Danial.” Panggilan Danial  membuatkan dirinya sebak lalu memandang ke langit mencerna segala apa yang dikatakan oleh bonda. Setitis air mata mengalir tanpa sedar. Ego sebagai lelaki mula lenyap sekelip mata. Dalam tidak sedar ada seseorang sedang memerhati.

“Hoi! Jauh menung” Firdaus melayangkan bantal tepat pada sasaran. Pantas aku mengesat air mataku kembali.

“Dah tak reti nak ketuk pintu? Dah tak reti nak bagi Assalamualaikum? Hormat sikit?”suaraku naik seoktaf. Sentap!

“Sikit-sikit marah, sikit-sikit marah!” Firdaus tertawa. Bercanda memang sifatnya.

“Eh! Tak adalah. Aku suka kau buat macam tu. Buatlah lagi! Nikmatnya. Kalau boleh aku nak nyanyi wey, betapa gembira kawan aku masuk bilik dengan tak ketuk pintu, tak bagi salam...” balasku menyindir. Firdaus tersenyum nakal.

“Sentap ler tu! Bro lu apa cer ni? Menung je gua tengok? Ada masalah?” soal Firdaus. Inilah dia, Firdaus Mikail Ahmad Zulkarnain, teman seperjuanganku yang sering bersama dalam menempuh liku kehidupan di kampus..

“Tak adalah, aku just terfikir bonda je tadi. Rindu bro... ishhh like hell je bercakap bro.. bro ni! What the? Bukan style aku lah tiga suku!”balasku tertawa. Bergema bilik ini dengan deraian tawa kami berdua.

“Tiga suku kau kata? Dah tu, kau tempe segar? Cakap orang. Macam kau lazat sangat? .... Tempe basi je aku tengok. Kalau letak dekat sebelah Diva AA, kau hanyut dek sungai.. AA tetap utuh dan kukuh!” balas Firdaus sambil menolak bahuku.

Sudah menjadi satu rutin bertekak sampai ke tahap mengundang kebanjiran jiran bilik sebelah yang prihatin. Gaduh besar ke? Soalan yang pasti diajukan. Kami pulak balas dengan geleng kepala dan gelak. Memang berangin semua orang.
Sahabat, andai satu hari aku pergi, aku mengharap tiada sekelumit perasaan benci kau terhadap aku. Maafkan aku sahabat, kerana aku juga manusia. Sepintas lalu hatiku terdetik.

“Menung lagi tu! Jom pergi kafe. Tiba-tiba pulak perut aku lapar. Untung aku malam ni ada orang belanja nasi lemak Kak Wok tu. Perrghh! Sambal dia nala pedas bak hang!” sengih Firdaus sambil tertawa mengenakan aku. Bahuku ditepuknya perlahan.

“Kau ni kan,  kalau bab ketuk-mengetuk... bagilah kat kau kan. Esok lusa aku nak requestlah nama kau dekat Kak Shiela Rusly tu join ketuk-ketuk Ramadhonnn”balasku dengan gaya ketuk-ketuk kepala.

Semenjak Firdaus menukar kursus pengajian dan bertukar ke kampus baru, dialah teman yang sentiasa ada bersamaku. Di kala susah, Firdaus memberi semangat meneruskan kehidupan. Katanya, liku hidup tidak sama seperti liku kau lukis dalam kertas A4. Lukis dekat kertas A4 kau je faham dan A4 tu pun tengok kau balik tapi bila dunia realiti kau harus tabah. Firdaus kadang-kadang membuat aku ketawa seorang diri. Aku harus akur kehidupan di dunia ini seperti roda. Jalani setabah mugkin, kerana Allah sentiasa bersama kita.

“Kak Wok! Nasi lemak Ayam sambal lebih”jerit Firdaus selamba macam kedai ini miliknya.

“Nak satu ke dua?” soal Kak Wok seperti biasa.

“Macam biasalah Kak Wok, dua nasi lemak ayam. Air suam dua!” jawab Firdaus tersengih.

Kak Wok masak benar dengan perangai Firdaus. Kedai Kak Wok tu dibuatnya seperti kedai sendiri. Menjerit terlolong-lolong macam dia tauke kedai. Aku hanya memerhati gelagatnya, tidak tumpah seperi DM! Kenapa mesti DM? Smartphone dicapai, kemudian tweet.

            Kenapalah kau masuk dalam kepala otak aku #Jahanam

“Update tweet ler tu? Apa kes kali ni? Kau nak kutuk aku buat kedai Kak Wok macam kedai aku sendiri? Mohon delete sebelum aku RT balik....”suruh Firdaus lalu ditariknya telefon yang ada pada tangan aku.

“Siapa yang masuk dalam kepala otak kau? Minah separuh bogel tu ke?”soal Firdaus dengan kening diangkat. Sudu dijari diketuk-ketuk pada meja. Mata mula mencari kelibat sesiapa yang lalu dan menjadi siulan pada tweet kawannya.

Telefon pintar S3 itu dirampas kembali.
“Lain kali jangan main ambik je barang orang..”balas aku sambil mengetuknya dengan sudu.

“Tak ada siapa pun. Aku kan suka merepek.. Fir, aku rasa this week aku tak stay hostel kot... aku rindu bondalah, aku nak balik. Lepas kelas Prof Zai aku balik..”ceritaku sambil menayangkan sengih macam kerang busuk.

“Balik lagi? Bukan ke kau baru balik last week? PBSM sungguh kau ni. Aku rasa baik kau sewakan je hostel kau bila hujung minggu. Tiap-tiap minggu balik, ada apa kau balik selalu ni? Bonda dah ada calon menantu ke?”soal Firdaus. Kena bahan lagi!

“Sindir? Nak penampo? Kau tau kan aku bukannya suka duduk hujung minggu dekat sini. Nothing! Aku pandang sawit, sawit pandang aku. Tak mendatangkan hasil, baik balik rumah bonda sekurang-kurangnya aku boleh mengembangkan badan....” tawaku dengan  penuh semangat.

“Yelah.. tinggal aku sorang lagi,”akur Firdaus. Kelazatan nasi lemak Kak Wok ini, lagi menarik dari cerita balik rumah bonda. Matanya menjeling tajam padaku.

“Yelah baliklah, kang penat pulak aku nak kena dodoikan memalam bila nak tidur.... Dahlah makan!”sambung Firdaus yang malas nak layan kerenah manja aku yang rindukan bonda.

Yes! Terima kasih sahabat!” Makan!

Enak nasi lemak Kak Won membuatkan masing-masing lupa daratan. Kelibat sesiapa yang lalu sekitar kedai Kak Wok mereka tak sedar. Aku mula terpana dengan satu susuk tubuh yang melalui kedai Kak Wok. Ditelan sisa nasi dan kemudian air diteguk perlahan-lahan namun mata masih memandang susuk tubuh yang cukup dikenali.

Cis! DM! Buat apa dia dekat sini? Arghhh! Jahanam selera aku. Maaf Kak Wok, nasi lemak ni sedap tapi jadi tak sedap bila ... apa alasan aku nak blah ni? Berbicara sendiri sambil memikirkan apa alasan yang terbaik nak melarikan diri.

“Oii... tengok siapa? Makanlah! Lain kali makan nasi bagi habis dulu baru minum air. Ini air dah habis nasi tak habis lagi..”bebel Firdaus buatkan aku rimas sebenarnya.  Nama je lelaki, membebel kuat. Bentakku dalam hati.

“Kau diam boleh? Benak telinga aku dengar.. Dah aku tak selera nak makan.. Kau habiskan, jumpa dekat hostel nanti.”balasku. Aku berlalu tanpa memikirkan apa yang akan berlaku. Maaf Fir, aku terpaksa!

Firdaus terpingga-pingga melihat perubahan angin temannya secara tiba-tiba.
‘Aku rasa macam dia dah happy dapat balik this week. Dah kenapa jantan ni? Period tetiba! Baik aku makan dari membazir,’getus hati kecil Firdaus.

Aku meneruskan langkah tanpa memandang kiri dan kanan. Tweet aku buka semula, melihat jika ada apa-apa aktiviti kampus yang dia sendiri tidak tahu. Atas bawah dia mencari maklumat, namun satu informasi  tidak mengena. Jari mula menjadi raja untuk menaip sesuka hati, fikiran sudah jauh melayang entah ke mana.

Mcm kena pelempang sulung babah je tadi! Haish! Kampus ada event apa ni? #seramsejuk #nakbalikrumahbonda”

Pintu bilik ditutup, aku menghempaskan badan di atas katil. Mimpi  atau realiti? Otakku mula berfikir, dari satu sudut ke satu sudut dia berguling.

Ting.. ting.. 
Kau nak babah lempag atau kau nak pelempang terakhir aku?- Firdaus.
Balas.
Kak Wok marah ke? Hehe... Sorry tak ada niat nak tinggalkan kau!
Ting.. Ting.. 
Kak Wok sound setepek knp tak sedap ke? Kau kat mana! Aku otw bilik - Firdaus
Balas. 
Di Kamar angan ku ler! Maaf anak angkat Kak Wok! Lepas ni makan perhabis.
Ting.. Ting.. 
Siput sedut! Okay! Aku g bilik kau! Jgn lupa tabur bunga ros!- Firdaus
Balas. 
GILA! Adios....! *smile*

Aku mengharapkan aku tidak pernah bertembung dengan kau walau sekalipun. Aku mengharap tidak pernah kau melintas di hadapan aku walau sesaat pun. Kerana perit kehidupan aku, hanya aku yang tanggung. Matanya dipejam ...


Bersambung ..  [kemaskini ; selepas diperbaiki oleh pakar]