Friday 10 July 2015

ART II

ART II

"Warna kehidupan kita adakala tidak seindah pelangi, berwarna-warni, mungkin merah, mungkin biru, mungkin juga hijau.. Belum ada jawapan yang pasti..."

Diari ditutup kemudian laju dia turun ke dapur mencari makanan. Masa mengarang sedikit rasa lapar pun tidak menyinggah ke perut. Mata Aiman meliar mencari kelibat orang di dalam rumah, namun tidak seorang kelihatan.  Di ruang tamu sunyi sepi, di laman juga tidak kelihatan bonda, ke mana semua orang pagi ini. Mungkin di dapur detik hati Aiman.
“Pagi bonda.. Eh! Mana Kak Riya, bonda.. pagi lagi Kak Riya takda dekat rumah?” Bicara Aiman memecah kesunyian di dapur. Mata yang tajam itu masih meliar mencari kelibat kakak sulungnya.
“Kus semangat! Cuba bagi salam Dani! Anak bertuah.. Dah kenapa cari Kak Riya? Kak Riya kamu pagi-pagi lagi Abang Zul dah angkut hantar pergi kerja. Lupa ke? hari ni kan first day Kak Riya mengajar. Kamu tu! Kalau Kak Riya takada sibuk bertanya, kalau ada sekejap lagi, rumah ni boleh runtuh dengar suara kamu berdua bercakar” Puan Hasnah menjawab dengan panjang lebar. Senyuman manis terukir di bibir.
“Kesian bonda Dani terperanjat ye... nasib baik tak tercampak ayam dalam sink tu. Bonda ni.. Dani tanya je, itu pun tak boleh.. habis disyarahnya kita pagi-pagi ni... jangan bebel banyak sangat nanti bertambah kedut dekat muka.. bonda buat sarapan apa hari ni?” Puan Hasnah dipeluk erat, pipi Puan Hasnah dikucup lembut.
“Busuknya anak bonda sorang ni, dah mandi ke belum? Ni peluk cium bonda ni.. ada apa-apa ke? adalah benda yang dia nak tu.. semalam mintak dengan babah tak dapat lah tu? dani... dani tak pernahlah nak berubah perangai tu kan...” Puan Hasnah memancing disambung pula dengan ketawa kecil. Manalah tau dapat keli seekor, untung boleh buat masak lemak cili api. Muka Dani serta merta berubah, senyuman yang manis tadi sudah berubah masam seperti cuka.
“Bonda kalau tak mengenakan Dani tak sahkan!.. malaslah kawan dengan bonda, baik Dani pergi cakap dengan oyeng.. lagi seronok..” Pelukkan erat tadi dilepaskan. Senyum dibibir Puan Hasnah masih lagi tidak lekang.
“Orang kalau merajuk rugi.. bawah tudung saji tu kan ada bau sambal tumis dengan ayam berempahlah.. lepas tu roti jala dengan kari daging elok tersusun dekat dalam piring tu... Ya Allah nikmatnya perut kalau makan kan..” Mata Puan Hasnah melirik terus ke Dani, melihat tiba-tiba kelibat yang hampir hilang di dapur tadi sedang enak menikmati juadah sarapan pagi.
“Amboi tak pandang kiri kanan dah.. tadi kata nak pergi bercakap dengan oyeng?” Puan Hasnah berseloroh.
“Dani laparlah bonda.. Oyeng kata makan dulu nanti baru melawat dia.. Hahaha.. “ Ringkas jawapannya kepada Puan Hasnah. Juadah yang berada di depan mata lebih menyelerakan berbanding mahu  menjawab soalan Puan Hasnah.
Puan Hasnah menggelengkan kepalanya apabila melihat telatah Dani. Danial Aiman Afizi! Itulah nama diberi. Sedar tidak sedar anak-anaknya sudah meningkat dewasa. Si dara, Dania Ariyyana sudah menamatkan pelajaran dalam bidang pendidikan, selang beberapa bulan melingkar macam ular sawa di rumah terima tawaran mengajar di sebuah kolej swasta. Anak lelaki sulungnya, sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis di Universiti Malaya, Adib Afiq jarang pulang ke rumah jika semester bermula. Adakalanya tidak lena tidur malam mengenangkan kerenah anak-anak.  
“Apa yang bonda senyumkan sorang-sorang tu?”saja dia mengusik bondanya.
“Sibuk je nak tahu, dah habis makan dah?”soal Puan Hasnah
“Alhamdulilah, kenyang! Bonda.. Dani nak naik atas dulu, nak mandi... Hmmmm... Bonda kalau Dani nak keluar dengan Hani sekejap lagi boleh tak?” Aiman mencuba nasib bertanyakan soalan sebegitu.
“Boleh, tiada masalah pada bonda, tapi ingat jangan sampai malam.. nanti bising babah kamu tu.. nanti bonda pulak yang kena dengar leteran babah kamu..” Puan Hasnah menjawab tetapi keadaan sunyi tidak berbunyi, menoleh kebelakang melihat kelibat Aiman yang sudah lenyap entah ke mana. Sudah arif benar dengan perangai anak bongsunya, apabila dikata tidak memberontak tetapi jawapanya ya melompat tinggi ke langit.


Bag tangan, bag laptop digalas. Alah.. lambat dah ni, macam mana aku boleh lupa ada kelas kul 11.00 pagi..detik hatinya. Riya pantas mencari bilik kuliah seperti yang dinyatakan di dalam jadual.

Ting.. Ting..
‘Salam.. Kakak yang busuk.. selamat menghadap student yang comel nanti ..’ – Aiman

Sweetnya adik aku! Iphone kembali diletakkan di dalam bag tangan. Langkahnya semakin laju mengalah pelari pecut 100 meter, matanya semakin tajam mencari bilik kuliah yang tertera pada jadual. Jantungnya berdegup kencang bagai hendak pecah memikirkan ini kali pertama ingin berjumpa dengan pelajarnya. Degupannya semakin kencang apabila melihat arah yang dituju hampir tiba. Pintu bilik kuliah dikuak perlahan-lahan dan ada beberapa pasang mata melihat kelibat dirinya.
Bag tangan dan bag laptop diletakkan di atas meja kemudian dia berdiri di sisi whiteboard. Dia merasakan pelajar di dalam kelas menantikan dia bersuara. Nervous.. itulah perasaan dia saat ini.
“Assalamualaikum wbt.. Hi MorningRiya memulakan bicara.
Morning miss..”bergema satu bilik kuliah.
“Waalaikumusalam nya mana? Takkan morning je?” riya mula berani berbicara.
“Waalaikumusalam miss..” satu kelas kembali menjawab kemudian berderai ketawa. Riya mula tersenyum melihat gelagat mereka.
Perasaan gementar tadi beransur hilang, Riya semakin berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan pelajarnya di dalam kelas. Pada Riya mereka cukup dewasa untuk memahami arahan yang diberikan. Melihat gelagat pelajarnya, dia terbayang pada saat mula-mula dia menjejakkan kaki ke universiti dahulu.
Okay class.. My name is Cik Dania Ariyana binti Marzuki, so today our first class and i would like all of you to introduce your self. Saya nak pastikan kelas ni ceria dan bertenaga tak nak ada sesi berkabung dalam kelas saya...”Arahan yang jelas daripada Riya. 
Sesi suai kenal di dalam kelas bermula, Riya begitu peka dengan apa yang berlalu di sekelilingnys. Ada diantara mereka yang hanya bercakap sepatah dua sahaja, ada pula yang malu untuk menceritakan asal usul, tidak kurang hebat ada yang panjang berjela bercerita mengenai diri mereka.
“Saya mengharapkan kerjasama yang baik dari anda semua. Jika ada sebarang masalah boleh ke bilik saya di wing kanan nombor bilik FE-RW-02-15. Okay for those yang tak datang class hari ni, kirim salam kasih sayang pada dia.. Pemarkahan untuk subject ni nanti saya upload dalam i learn je. So, tengok dari situ jelah. Tugas pertama, please bring the article about childhood education in Malaysia untuk class akan datang... okay class dismiss, see you guys next weekRiya menamatkan kelas kemudian dia berlalu meninggalkan kelas.

Ting.. ting..
How ur class kakak? Everything okay?’ – Aiman
Balas.
‘Everything okay Dani.. awat hang baik sangat dengan kakak ni?’
Ting..Ting..
Nak jadi baik pun tak boleh.. No lah kakak.. I have to tell you something.. Jom kita pergi   Starbucks?- Aiman
Balas.
‘Dani, hari ni kak riya tak bawak kereta tau... abang zul yang hantar dengan ambik kakak, so how?
Ting... ting...
‘Okay je kakak.. bonda pun bagi Dani keluar hari ni.. lagipun sekejap lagi Dani nak      jumpa Hani kejap.. lepas tu baru jumpa kakak.. kul 5.00 dekat Starbucks Mid Valley ek, nak ajak angah sekali tak?nanti Dani call angah?’
Balas
‘depends on you Dani. Kak Riya mana-mana pun okay. Boleh Kak Riya bawak buah hati?’
Ting.. ting...
‘Please kakak! No! Kita tiga beradik dah lah.. buah hati kakak tu bukan hot pun.. Hahaha...’ - Aiman
Balas
‘Tak hot pun kakak tengok dani mata macam bebola ikan je nengok! Hahaha..’
Ting... ting...
‘Cis.. Kakak ni ... teruk! Dah! jumpa dekat Mid Valley nanti... siapa lambat belanja green tea ok.. Daaa..’ – Aiman.

Tersandar kepenatan Riya melayan kerenah Dani seperti kebudak-budakkan ditambah pula penat berjalan dari jarak yang agak jauh. Iphone miliknya disimpan di dalam bag tangan, kemudian laptop dikeluarkan dan dibuka bagi menyambung menyiapkan nota untuk kuliah yang akan datang. Seketika dia depan laptop, fikiranya melayang terkenangkan kerenah Dani yang membuat bonda tersenyum dan adakala  membuatkan babah naik angin dengan perangainya. Jika pulang ke kampus satu ketika dahulu, dia lebih merindukan Dani berbanding Afiq, babah dan bonda. Kata-kata Dani kadangkala lancang dan boleh membuatkan hati orang lain terasa. Pernah satu ketika, sedang kami bertikam lidah di ruang tamu, Dani mengeluarkan perkataan yang kurang enak didengar yang membuatkan babah marah sehingga tidak bercakap denganya beberapa hari.
“Kak Riya ni memang takda adab ek? macam anak Kak Semiah depan rumah tu? Menepek je dengan jantan... lepas tu nak cakap Dani ni macam-macam.. nasihat kakak tu letak je dalam rak kasut tu... sebab kakak pun sama je...” Suara Aiman yang lantang boleh didengar dari setiap sudut rumah. Kebetulan Encik Marzuki yang baru pulang dari pejabat terdengar pertelingkahan dua beradik di ruang tamu.
“Ehh... Dani! Jaga sikit mulut tu.. Jagan nak kurang ajar dengan kakak! Kau ingat kau tu dah besar sangat! Kakak nampak Dani... Kakak nampak! Kalau bukan kakak siapa lagi nak nasihat kau” Keadaan di ruang tamu semakin tegang dengan pertelingkahan mereka, suara Riya semakin meninggi sehingga Puan Hasnah di dapur berlari ke ruang tamu.
“Ohh! Kiranya kakak menjalang lah dekat situ! Sambil-sambil tu mengitip Dani...? Sudahlah kakak.. Pergi mam ......” Saat perkataan terkahir itu ingin dikeluarkan, singgah penampar dari tangan Encik Marzuki ke pipi Dani sehingga terduduk.
“Belum pernah aku didik kamu dengan sikap kurang ajar! Dia kakak kamu Dani.. Mana kamu letak rasa hormat kamu pada dia... Sudah naik kamu ke atas... Kamu Riya, apa yang kamu nampak?” Soalan Encik Marzuki membuatkan Riya terkedu, Puan Hasnah kaget dengan tindakan suaminya. Keadaan di ruang tamu sedikit tegang, muka Encik Marzuki nampak seperti singga yang sedang kelaparan hanya menunggu masa membaham mangsa.
“Babah lebihkan Kak Riya dari Dani...!!” Jerit Dani dan dia berlalu pergi. Puan Hasnah cuba mencapai tangan anak bongsunya namun di tepis kuat.

Ketukan pintu biliknya membuatkan dia sedar dari lamunan yang telah jauh entah ke mana. Riya hanya tersenyum kelat apabila kisah itu masuk ke dalam mindanya. Kisah yang mana membuatkan babah tidak lagi pernah percaya dengan kata-kata Dani.
“Iya, siapa tu? masuklah.. pintu tak kunci tu..” Riya bersuara dari dalam biliknya. Riya mengharapkan bukan student yang datang waktu begini, letihnya masih lagi bersisa. Pintu biliknya dikuak oleh seseorang. Ditinjau-tinjau namun masih tidak nampak kelibat Riya di dalam bilik.
“Sebentar, saya tengah betulkan tudung...” Riya bersuara sekali lagi sambil tudungnya dibetulkan.
“Ohhh.. ada orang, ingatkan hantu yang bersuara tadi.. Hehe” Prof. Rosnah Atan mula bersuara sambil ketawa kecil. Dia melabuhkan punggungnya di sofa yang tersedia di dalam bilik Riya sambil menanti orang yang bersuara muncul dari sebalik meja.
“Maaf Prof. Ros, saya ingatkan student tadi.. tengah free hairkan, tu yang menyahut dari bawah meja je... dah tu lupa pulak lock pintu tadi..” Jawab Riya dengan ramah.
“Amboi.. penat sangat ke sampai pintu pun lupa nak kunci..? So how your first day? Is it okay?” Tanya Prof. Rosnah.
“Alhamdulilah... So far, okaylah tak seteruk yang saya dengar... Cuma penat sikitlah, kelas dekat wing kiri.. jenuh saya berlari nak sampai ke kelas pagi tadi Prof.” Jawab Riya ringkas. Tanganya masih lagi membetulkan tudung yang tidak berapa elok pada pandangan matanya.
“Tidak seteruk yang didengar? Apa yang awak dengar dari pensyarah lain?” Nada Prof. Rosnah sedikit serius berbanding tadi. Riya mencari jalan untuk menjawab soalan yang diajukan supaya tiada ada perselisihan faham yang akan berlaku.
“Tidaklah.. Cuma mereka kata universiti awam dan swasta ni berbeza.. jadi kena biasakan dengan cara pengajaran dan pembelajaran di sini... itu sahaja Prof..” Jawab Riya dengan nada yang bersahaja. Mata Riya merenung tepat pada mata Prof Rosnah, kemudian terlihat senyuman dari Prof Rosnah membuatkan perasaannya sedikit lega.
“Okaylah kalau macam tu. Kita ni nak mengajar kena bersedia dari segi fizikal dan mental.. Jangan terlalu mendengar apa yang orang cerita... biar kita sendiri merasa pengalaman tu.. Ehh! Saya datang ni nak ajak awak keluar lunch.. boleh ke?” Prof Rosnah mempelawa Riya untuk makan tenghari bersama.
“Errrr.... Boleh jugak Prof, saya pun lapar jugak ni...” Ajakan Prof Rosnah disambut baik oleh Riya.
Sifat ramah Riya sememangnya diwarisi dari Puan Hasnah sendiri. Puan Hasnah pernah berpesan kepadanya, hidup ini umpama roda, terkadang kita di atas dan terkadang kita dibawah. Sekuntum mawar yang kembang cantik di tengah laman pun kadang-kadang tidak sedar dia boleh layu tanpa jagaan yang rapi. Begitulah kita juga sebagai manusia yang hidup di muka bumi Allah yang sementara ini, jika tidak dididik dengan betul maka boleh terpesong seseorang itu ke lorong yang gelap tanpa sebarang cahaya.
“Marilah.. kita ke kedai Kak Piah depan tu.. Saya memang suka lauk tempoyak dia Riya.. Sedap!” Penuh berselera Prof Rosnah bercerita, Riya yang mendengar sudah mula menelan air liur.

“Mari Prof.. Macam berdondang sayang je perut saya ni bila dengar Prof cerita pasal tempoyak..Haha..” Berderai ketawa mereka di dalam bilik yang serba kosong itu. Kasutnya disarung kemudian diberi laluan kepada Prof Rosnah untuk melangkah keluar terlebih dahulu kemudian pintu biliknya dikunci serta merta tanda ‘TIADA’ dipaparkan di pintu.


*Bersambung ... Terima kasih kerana membaca, harap dapat memberi sedikit komen untuk memperbaiki mutu penulisan*